2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Yahudi cuba ambil alih Masjidil Aqsa

Konflik baru Baitulmaqdis dijangka meletus kerana kegiatan menggali di bawah tanah suci Islam

BAITULMAQDIS: Hampir setiap malam Amin al-Siyam terjaga daripada tidurnya apabila diganggu bunyi bising kerja menggali yang dilakukan oleh penduduk Yahudi di kawasan masjid Al-Aqsa.

"Kami mendengar bunyi bising pada waktu malam, di bawah rumah kami. Kadangkala keseluruhan bangunan bergoyang. Kemudian mereka pulang awal pagi esoknya," kata Siyam.

Siyam tinggal di tengah-tengah sebuah kota yang menjadi perebutan, rumahnya terletak di atas sebuah terowong yang menjadi pertikaian baru dalam konflik di Asia Barat itu.

Rumahnya kini berdepan kerja penggalian arkeologi di kawasan kejiranan Silwan, di sebelah Baitulmaqdis Timur, hanya beberapa ratus meter saja daripada tempat paling suci bagi agama Yahudi dan masjid suci ketiga bagi agama Islam, yang menduduki tempat yang sama.

Kaum Yahudi memanggilnya 'Temple Mount' sementara bagi orang Islam, masjid Al-Aqsa termasuk Masjid Omar atau Masjid Kubah Batu 'Haram al-Sharif', tempat Nabi Muhammad SAW dibawa naik ke langit pada Malam Lailatul Qadar.

Sebarang perbuatan yang menunjukkan ada satu pihak cuba menceroboh kawasan yang dianggap suci itu sudah pastinya menimbulkan bantahan dan kemarahan sebelah pihak lagi, malah pergaduhan turut berlaku yang berpunca daripada pencerobohan itu.

Pemberontakan terbaru berlaku pada 2000 selepas pemimpin Israel, Ariel Sharon melawat Al-Aqsa dan projek yang dijalankan oleh Israel untuk membaiki jalan raya berdekatan yang mencetuskan bantahan meluas Februari tahun lalu.

Projek Silwan itu telah menimbulkan syak wasangka, sebahagiannya kerana orang ramai tidak dibenarkan melihat terowong itu tapi lebih daripada itu, kerja yang dilakukan itu dibiayai oleh Yayasan Ir David, syarikat kepunyaan orang Israel.

Pihak berkuasa Antikuiti Israel (IAA) berkata ia menemui terowong lama yang pernah mengalirkan air hujan dari Kota Lama ke tempat mandi kira-kira beberapa ratus meter dari situ.

"Ia adalah terowong baru sejak 2,000 tahun lalu. Keadaan terowong sukar dipercayai," kata Ketua IAA, Shuka Dorfman. Sejak 2004, pakar arkeologi menggali sebahagian besar terowong itu tapi mulai bulan lalu, mereka mula bekerja di bahagian utara berdekatan Haram al-Sharif.

Berdasarkan penggalian sebahagian besar terowong itu pada zaman British dan abad ke-19, pakar arkeologi percaya terowong itu kini dibuat menuju ke arah Kota Lama, kemudian haluannya diubah ke kompleks masjid tapi tidak lalu di bawahnya.

Oleh kerana projek itu dilakukan secara rahsia dan dibiayai organisasi pendatang, kebanyakan penduduk berpendapat ia sebahagian rancangan untuk mengambil alih atau memusnahkan Haram al-Sharif.

"Jika ia tapak arkeologi dan bukannya tanah pendatang, jika ia tapak pelancongan, kenapa tidak ada orang yang boleh melihatnya?" tanya seorang penduduk tempatan.

IAA juga menolak pihak media daripada melihat bahagian utara terowong itu dan menolak permintaan agensi berita AFP untuk mengulas mengenai projek itu.

Pegawai juga tidak memberi sebarang sebab untuk pengharaman itu, selain daripada hanya berkata kerja sedang dilakukan. Bagaimanapun mereka berjanji pihak media akan dijemput apabila projek itu siap sepenuhnya.

Penduduk tempatan sudah mendirikan khemah bantahan di kawasan berdekatan dan memfailkan kes di mahkamah bagi mempertikaikan mereka tidak dirujuk sebelum penggalian dilakukan di bawah rumah mereka. Pada 17 Mac lalu, mahkamah Israel mengeluarkan perintah supaya projek itu dihentikan sementara ia menimbang kes berkenaan.

Dorfman berkata, bantahan itu bermotif politik dan tidak ada kaitan dengan pihak berkuasa antik.

"Kami adalah organisasi bukan politik. Kami adalah organisasi profesional dan bertindak mengikut undang-undang barangan antik. Saya tidak peduli mengenai politik," katanya.

Yayasan Ir David membina kota David, sebuah taman arkeologi yang dibina di sekeliling apa yang dipercayai sebagai kemusnahan zaman legenda Raja Hebrew, yang memerintah Baitulmaqdis, kira-kira 3,000 tahun lampau.

Ir David sendiri menyediakan AS$600,000 (RM1.89 juta) setahun kepada IAA untuk projek di dalam dan sekitar Kota David tapi menyatakan ia tidak terbabit dengan kerja penggalian.

"Tempat ini adalah paling penting di seluruh dunia bagi orang Yahudi. Kami menunggu selama 2,000 tahun untuk kembali ke tempat ini," kata Eksekutif Kanan yayasan, Doron Spielman. - AFP
try , Isnin, Mac 31, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog