2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Internet, SMS monopoli iklan

KUALA LUMPUR: Sektor pengiklanan negara dijangka mengalami perubahan drastik dalam tempoh lima tahun lagi dengan tumpuan kepada penggunaan media baru seperti internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memasarkan produk atau perkhidmatan terus kepada pengguna.

Pengerusi Audit Bureau of Circulation (ABC), Peter Anthony Das, berkata buat masa ini, media tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio masih memonopoli jumlah perbelanjaan iklan antara 70 hingga 80 peratus.

Dalam tempoh lima tahun lagi penguasaan media tradisional terhadap perbelanjaan iklan mungkin akan mula terhakis. Apalagi dengan aliran terbaru dalam negara menunjukkan kuasa internet dan SMS mampu menarik perhatian golongan muda dengan berkesan.

ABC menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin yang mahu perhatian lebih diberikan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerana semakin ramai golongan muda menggunakan media terbabit.

Kami berharap supaya negara bersedia sepenuhnya apabila tiba masanya media baru digunakan secara meluas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah ABC, Mirza Mohamed Tariq dan Adi Satria serta Pengarah Perundingan dan Pemasaran Sun Media Corporation Bhd, Prashun Dutt.

Sementara itu, Peter berkata, ABC akan menganjurkan satu seminar bagi mempersiapkan industri media negara berhadapan dengan cabaran kemunculan media baru.

“Seminar tiga hari yang akan diadakan mulai 18 April depan di Genting Highlands khusus untuk mereka yang terbabit dengan industri media bagi mengkaji, menganalisis serta memberikan idea baru bagaimana media baru boleh dieksploitasi dan diganding bersama media tradisional sedia ada.

ABC juga berharap institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan mengambil bahagian dalam seminar itu sebagai peserta kerana mereka bertanggungjawab dalam mengeluarkan graduan sektor media pada masa depan,” katanya.

Seminar itu juga dibuka kepada orang ramai dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi nombor 03-76608535 atau 012-3352952 atau nombor faksimili 03-76608532 untuk maklumat lanjut. - Oleh Mohamed Farid Noh :: Berita harian
try , Khamis, Mac 27, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog