Penemuan yang disiarkan jurnal Biology Letters itu mendedahkan, spesies lumba-lumba tersebut gemar membawa objek berkenaan mengelilingi dolfin betina sebelum dihempaskan.
Kelakuan aneh itu belum pernah direkodkan terhadap mana-mana mamalia marin. Dolfin spesies boto ini hanya mendiami di dua batang sungai di negara itu dan bilangannya didapati kian berkurangan.
Pasukan penyelidik Brazil dan British telah menjalankan kajian ke atas kelakuan pelik dolfin ini sejak tiga tahun lalu meliputi zon rizab Mamiraua, iaitu kawasan paya di Amazon.
"Anda dapat lihat dolfin-dolfin itu datang membawa dahan pokok atau lumpur setiap kali melakukan ritual sedemikian," jelas Prof. Tony Martin dari Unit Kajian Marin Laut, Universiti St. Andrews.
Biarpun dolfin jantan agak agresif ketika bersaing merebut pasangan, namun mamalia itu tidak sesekali mencederakan pesaing dengan ranting atau lumpur dibawanya. - Agensi
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
subhanallah,ini adalah salah satu daripada keajaiban ciptaan allah s.w.t.maha suci allah.
BalasPadam