Los Angeles - Majalah
Forbes mengumumkan bahawa
Madonna sebagai peneraju senarai
Cash Queens of Music kerana memperoleh jumlah pendapatan terbanyak sekali gus menjadi penyanyi wanita terkaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi berumur 49 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$72 juta (RM323 juta) untuk tempoh setahun bermula Jun 2006 hingga Jun 2007.
Kebanyakan pendapatan Madonna diperoleh menerusi konsert jelajah Confessions yang mencatatkan perolehan sebanyak AS$260 juta (RM840 juta).
Dia juga memperoleh pendapatan menerusi penjualan album dan penjualan hak siaran persembahannya di Stadium Wembley kepada stesen televisyen NBC.
Majalah itu menyatakan bahawa, pihaknya membuat penilaian itu berdasarkan kejayaan konsert, perolehan barangan, penjualan album dan hasil sampingan penyanyi seperti penjualan pakaian, minyak wangi dan iklan.
Tempat kedua dipegang oleh penyanyi veteran, Barbra Streisand yang memperoleh AS$60 juta (RM194 juta) di mana sebahagian besarnya disumbang menerusi konsert kemunculan semulanya di pentas sejak 2000.
Penyanyi kelahiran Kanada, Celine Dion, 39, berada di tempat ketiga dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM145 juta) dengan sumbangan terbesarnya adalah menerusi konsert A New Day di Caesars Palace, Las Vegas.
Konsert itu bermula pada 2003 di Coliseum Theater dan ia disaksikan oleh lebih tiga juta peminat sebelum ia melabuhkan tirainya pada Disember lalu.
Penyanyi lagu Hips Don't Lie, Shakira, 30, menduduki tempat keempat kerana memperoleh pendapatan sebanyak AS$38 juta (RM123 juta).
Pemenang siri realiti American Idol musim keempat, Carrie Underwood menduduki tangga ke-15 dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$7 juta (RM23 juta).
Selebriti bermasalah, Britney Spears masih mampu mendapat pendapatan sebanyak AS$8 juta (RM26 juta) menerusi album lamanya dan penjualan minyak wangi yang menggunakan namanya. - Agensi
try
,
Khamis, Januari 31, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
The Blog 2x5
Anda sedang membaca artikel tentang
Madonna artis terkaya di dunia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "