/

Planet baru : Pakar kaji kewujudan makhluk

GENEVA 26 April – Kumpulan astronomi Eropah yang mengumumkan penemuan planet baru seakan-akan bumi kelmarin, yang berpotensi menyokong kehidupan, mahu menumpukan perhatiannya pada sasaran lebih besar iaitu mengesan tanda-tanda kewujudan makhluk.

Ketua kumpulan itu, Michel Mayor meramalkan para penyelidik akan menemui tanda-tanda kewujudan makhluk dalam tempoh kurang dua dekad, sekiranya makhluk itu wujud di planet yang dilabelkan sebagai ‘super bumi’.

Hanya satu perkara yang boleh kita lakukan. Kita boleh gunakan sains.

Kita boleh melakukan eksperimen. Kita mempunyai metodologi, kemampuan untuk melakukannya. Jadi mari melakukannya,” kata Mayor, seorang ahli sains dari Universiti Geneva di sini, semalam.

Mayor yang diberi penghargaan pada tahun 1995 atas penemuan planet-planet pertama di luar sistem solar, berkata, sebagai seorang ahli sains, beliau tidak begitu pasti tentang kewujudan bentuk kehidupan yang lain di universe.

Tetapi, secara peribadi, saya berasa selesa dengan idea wujudnya kehidupan di luar sana,” kata Mayor, 65, dalam satu temu ramah melalui telefon dengan AP.

Pakar-pakar astronomi terkemuka menyifatkan penemuan planet baru itu sebagai satu langkah penting dalam usaha mencari kehidupan di universe.

Planet itu, yang diberi nama kod Gliese 581 c, mungkin boleh menyokong kehidupan, dengan saiznya yang lebih kurang sama seperti bumi, suhunya yang sederhana dan mungkin mempunyai air dalam bentuk cecair.

Planet itu juga terletak, dalam istilah galaksi, berhampiran bumi, dengan jarak antara kedua-dua planet itu dianggarkan kira-kira 193 trilion kilometer.


Mayor bagaimanapun berkata, banyak lagi persoalan yang perlu dijawab berhubung dengan Gliese 581 c, yang ditemui melalui teleskop di Balai Cerap Selatan Eropah di La Silla, Chile.

Teleskop itu, yang mana Mayor turut membantu dalam melakarkan reka bentuknya, mempunyai peralatan khas yang memecahkan cahaya untuk mencari getaran dalam jarak gelombang yang berbeza-beza yang mendedahkan kemungkinan wujudnya dunia lain.

Peralatan itu mempunyai kadar ketepatan yang tinggi,” kata Mayor sambil menambah bahawa diameter Gliese 581 c dan komponen udaranya tidak diketahui.

try , Sabtu, April 26, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog