Khamis, 15 Mac 2007

DALAM KEJATUHAN INI KAU ADA

Aku kehilangan bayangmu selama ini,
kerana memang kau tidak ada,
menyiangi pagi yang masih gelap,
dan menyejukkan kecerahan siang,
aku lupa bahawa kau ada di sini,
selalu di sini mendampingiku,
dalam duka-duka ciciran masa lalu...


Kau tahu aku tidak menghargaimu,
tetapi kaulah yang paling mengerti,
di antara yang pura-pura mengerti,
membisikkan semangat yang luar biasa,
kau selalu ada di saat aku jatuh,
ketika segalanya pergi,
kau masih di sini,
mendampingiku,
walau kau tahu,
aku tidak pernah cuba menghargai
Apatah lagi untuk menyintaimu.

4 ulasan: