2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Asas membina Laman Web

Membangunkan laman web sendiri adalah cara yang paling mudah dan murah bagi menjalankan perniagaan anda secara online. Terdapat tiga langkah-langkah untuk membina laman web:

1. Membeli perisian penyunting HTML WYSIWYG seperti Adobe GoLive, Macromedia Dreamweaver atau Microsoft FrontPage. Atau anda juga boleh menggunakan perisian percuma seperti NVU.

2. Mencipta laman web menggunakan salah satu perisian suntingan di atas.

3. Memindahkan fail-fail ke web server melalui FTP.

Penyunting HTML
Antara penyunting HTML yang popular bagi orang baru adalah:

- Adobe GoLive
- Macromedia Dreamweaver
- Microsoft FrontPage
- NVU

Kesemua program-program ini membolehkan anda menghasilkan laman web menggunakan templates dan ciri-ciri WYSIWYG yang mudah seolah-olah anda menggunakan program-program seperti Microsoft Word atau PowerPoint. Anda hanya perlu mencipta atau memilih bentuk template yang tersedia, taipkan isi kandungan, dan klik butang save untuk menyimpan.

Jika anda memilih perisian Microsoft FrontPage, anda perlu memastikan syarikat web hosting anda juga menyokong sambungan FrontPage (FrontPage extensions).

Mencipta Laman Web
Bagaimana anda mencipta laman web bergantung kepada penyunting yang digunakan, walau bagaimanapun kebanyakan penyunting adalah sama.

1. Cipta atau pilih bentuk template bagi web anda. Jika anda mahir merekabentuk grafik, anda boleh mencipta template anda sendiri dari mula menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop. Kebanyakan beginner boleh memilih template tersedia yang didatangkan sekali dalam program penyunting HTML atau anda boleh membeli template yang dijual oleh pihak ketiga.

2. Cipta halaman muka surat dan masukkan beberapa teks ke dalam halaman tersebut sebagai kandungan.

3. Masukkan apa-apa grafik ke dalam web anda. Umumnya, grafik yang dimasukkan itu perlulah bersaiz kecil bagi mengurangkan masa download. Juga elakkan dari memasukkan terlalu banyak grafik-grafik animasi atau flashy yang boleh menyebabkan laman web anda kelihatan tidak professional.

4. Setiap kali selesai menyunting, anda boleh cuba melihat gambaran sebenar laman web anda pada bahagian preview. Apa yang dapat anda lihat itulah yang akan dilihat oleh pengunjung-pengunjung anda melalui pelayar web.

Apa yang penting dalam proses pembikinan laman web ini ialah proses cuba dan terus mencuba. Periksa laman web anda beberapa kali sebelum disiarkan secara online.

Menggunakan FTP
Selepas berpuas hati dengan laman web yang anda hasilkan, gunakan program FTP untuk memindahkan fail-fail web ke dalam pelayan web.

Jika anda menyewa tapak web hosting, penyedia web host akan memberikan kepercayaan kepada anda untuk menggunakan FTP dengan memberikan alamat FTP, username dan kata laluan bagi akaun anda. Maklumat-maklumat ini akan digunakan sebelum pemindahan dapat dilakukan ketika online.

Perisian seperti GoLive, Dreamweaver dan Frontpage didatangkan sekali dengan program FTP terbina dalam, jadi anda hanya perlu memasukkan maklumat akaun FTP anda ke dalamnya.

Terdapat beberapa program FTP percuma yang boleh digunakan:

Leech FTP - Download
WS_FTP - Download

Pasangkan salah satu program FTP tersebut dan masukkan maklumat FTP yang diberikan oleh pihak penyedia web hosting anda. Selepas anda bersambung ke pelayan FTP, dengan mudah anda boleh menyalin kesemua fail-fail laman web anda dari komputer anda di rumah ke tapak web hosting.
try , Rabu, Disember 13, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog