2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kenali PC anda.

Saya rasa buat ketika ini ramai pengguna PC yang sudah kenal akan PC mereka tetapi tidak seramai yang kerajaan mahu. Malah saya tahu banyak komputer menjadi hiasan di rumah dan tidak digunakan. Malah ada juga yang hanya menggunakan komputer untuk bermain games daripada mempelajari penggunaan perisian dan memahirkan diri dengan ilmu IT. Tapi itu terpulanglah tepuk dada tanya selera.


Komputer biasanya terdapat dalam empat komponen – CPU, monitor, papan kekunci dan tetikus. Segala pemprosesan yang berjalan dalam sebuah komputer dijalankan oleh CPU yang mengendalikan input daripada papan kekunci dan tetikus. Manakala monitor pula memaparkan segala operasi yang sedang berjalan. CPU pula mengandungi pemacu CD, cakera keras, memori, pemproses dan papan induk. Segala komponen disambungkan kepada papan induk yang akan mengendalikan segala pemprosesan yang berlaku dalam komputer dengan bantuan sistem operasi atau OS. Marilah kita ulang kaji komponen PC anda supaya anda tahu apa yang anda gunakan atau bagi pengguna baru pastikan yang anda dapatkan PC yang terbaik. Ingat, PC yang berkuasa tidak semestinya mahal.

Komponen PC

Pemproses
Hanya terdapat dua pilihan pemproses, Intel atau AMD. Pemproses yang menjadi pilihan ialah Intel Pentium 4 3.4E atau AMD Athlon 64 3500 atau Barton 3000b di mana satu untuk penggunaan terbaik Windows dan perisian kemudian satu lagi untuk mendapatkan kuasa yang maksima bagi grafik dan permainan komputer. Kedua-dua permproses itu adalah pilihan untuk mendapatkan kuasa yang maksimum tetapi jika anda mahu spesifikasi yang minimum dan cukup untuk anda boleh dapatkan Intel Celeron atau AMD Athlon XP 2200+. Papan induk yang sesuai juga penting untuk P4 dan Celeron yang mana ia menyediakan sistem bas yang serasi iaitu 533 MHz untuk P4, dan 400 MHz untuk Celeron.

Memori
Jumlah minima yang sesuai untuk sebuah PC adalah adalah 256MB tetapi 512MB adalah lebih baik kerana harga memori sekarang semakin turun. Terdapat beberapa jenis memori di pasaran iaitu PC133 SDRAM, DDR iaitu DDR II dan DDR 400 (kelajuan dalam lingkungan 200-, 266-, 333-, dan 400-MHz), Super DDR dan RDRAM (atau Rambus, kelajuan di antara 600 MHz hingga 1 GHz). Papan induk (motherboard) yang anda mahu gunakan akan menentukan jenis RAM yang akan anda gunakan kerana hanya memori tertentu sahaja yang sesuai untuk papan induk tertentu dan ia tidak boleh dicampur aduk. Pilihan paling murah ialah 133 SDRAM yang masih digunakan dalam sesetengah model PC. Memori jenis DDR adalah pilihan yang sesuai jika anda tidak menggunakan komputer grafik yang ekstrem. Memori jenis RDRAM akan memberikan kelebihan kepada keupayaan grafik.

Pilihan hati
Pembaca sering menelefon saya dengan soalan lebih baik beli PC berjenama atau yang tidak berjenama. Pada saya ikut bajet dan juga kehendak anda. Jika anda mahukan bantuan sokongan yang baik dan mudah anda boleh dapatkan komuter berjenama seperti Dell, HP, Acer, IBM atau FTEC. Tetapi jika anda mahukan komputer yang direka sendiri (custom make) anda boleh pergi ke kedai komputer biasa untuk membina komputer anda sendiri. Jika anda mahukan PC yang berkuasa turbo anda boleh lakukan dengan cara ini malah dengan harga yang berpatutan.

TIPS MEMBELI PC DENGAN SPESIFIKASI YANG SESUAI.

  • Pentium 4 2.66-GHz atau Athlon XP 2800+.
  • Kira-kira 256 MB memori, 512 MB lebih baik.
  • Pastikan ia ada slot AGP untuk kemampuan penambahan cip grafik.
  • Dapatkan kad bunyi dan sistem bunyi 5.1 atau 7.1 untuk kesan bunyi terbaik.
  • Pilihan monitor 19 inci CRT atau LCD 15 inci.
  • Dapatkan pemacu CD-RW atau DVD boleh rakam.
  • Sekurang-kurangnya storan 60GB atau lebih. Lebih besar cakera keras lebihbanyak boleh simpan.
  • Pastikan yang port USB anda ada di depan CPU bagi memudahkan sambungan USB. Lebih banyak port USB lagi baik. Dapatkan port FireWire jika anda mahu gunakan video kamera digital atau kamera digital SLR.
  • Kad grafik dengan 128MB RAM dan sokongan DirectX 8. Dapatkan yang 128 bit untuk permainan yang berintensif grafik.

try , Khamis, Disember 15, 2005 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog